Masa Depan Ekonomi Rengit

iFaizi
8:22 AM

Wow8 Biz
blogger
Salam sejahtera kepada tuan - tuan dan puan - puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, kami ucapkan jutaan terima kasih kerana tuan dan puan telah sudi meluangkan masa tuan dan puan untuk ke laman sesawang kami dan sekaligus membaca pembentangan kami tentang potensi ekonomi masa depan Rengit. Di akhir pembentangan ini... kami berharap pihak tuan dan puan dapat memuktamadkan apa jua yang terbaik bagi pihak tuan dan puan dalam meluaskan empayar ekonomi tuan dan puan yang mungkin juga memberi kesan ekonomi kepada kawasan setempat dan masyarakat sekitarannya.

Izinkan kami memberi sedikit info ringkas tentang Rengit. Bandar Rengit ini terletak dalam Mukim 12 Sungai Kluang, Daerah Batu Pahat, Negeri Johor Darul Ta’zim, Negara Malaysia. Saiz keluasan Mukim 12 Sungai Kluang sangat kecil dan keluasan mukim ini ialah 98.42 kilometer persegi. Mukim 12 Sungai Kluang mempunyai populasi penduduk lebih kurang 20,000 penduduk. Walaupun populasi mukim ini tidak ramai tapi ramai orang dari mukim dan daerah lain datang ke mukim ini dan sekaligus datang ke Bandar Rengit.

Jangkauan wilayah ekonomi Rengit pada kebiasaanya dapat menarik masyarakat setempat sejauh Senggarang di sebelah utara, Ayer Baloi di sebelah selatan, Parit Raja / Ayer Hitam / Machap / Simpang Renggam di sebelah timur dan kawasan pesisir pantai di sebelah barat yang merangkumi Minyak Beku (pantai utara) hingga ke Ayer Baloi (pantai selatan). Populasi jangkauan ini dianggarkan boleh mencapai lebih 150,000 penduduk. Berikut adalah peta liputan jangkauan potensi ekonomi Rengit.



Antara tarikan di bandar Rengit ialah pusat sehenti barang - barang terpakai yang dibawa dari negara republik Singapura oleh masyarakat Orang Asli tempatan. Di Rengit, masyarakat Orang Asli digelar Orang Bumiputera bahkan gelaran Orang Bumiputera ini turut diperakui oleh orang Melayu tempatan sendiri kepada mereka (Orang Asli) di Rengit.

Selain itu... tarikan bandar Rengit ialah kopi Rengit. Rengit merupakan antara salah satu bandar utama di daerah Batu Pahat selain Penggaram (ibu daerah Batu Pahat), Yong Peng & Parit Raja. Bandar Rengit merupakan antara salah satu bandar yang menjadi pintu masuk ke daerah Batu Pahat dari arah selatan.

Untuk meringkaskan pembacaan tuan dan puan terhadap pembentangan ini... kami akan segera ke perkara utama dalam pembentangan ini... lot - lot kedai yang boleh pihak tuan dan puan pilih dalam memuktamadkan pilihan andai tuan dan puan berminat untuk meneroka alam empayar ekonomi baru. Kami juga sertakan gambar - gambar beberapa lot kedai. Ada antara lot - lot kedai tersebut sama ada untuk dijual atau disewa, turut ada disertakan dengan nombor telefon untuk dihubungi.

Jika tuan dan puan berminat untuk melawat sendiri bandar Rengit ini untuk memerhati dan menilai sendiri potensi ekonomi bandar ini... tuan dan puan digalakkan berbuat demikian untuk melihat sendiri dengan penilaian dan perspektif tuan dan puan.

Berikut adalah koordinat GPS bandar Rengit bagi membantu tuan dan puan datang ke bandar Rengit ini.

(1.6799583, 103.1477002)

Berikut adalah antara beberapa gambar lot - lot kedai dan persekitaran bandar Rengit.









































Pihak kami menerusi En. Khairul Faizi A Rahman amat berbesar hati sekiranya tuan dan puan mahu kami membawa tuan dan puan bersiar melihat kepesatan, kehijauan dan keindahan alam semulajadi yang seimbang antara proses urbanisasi dan gaya hidup desa tradisional.

Di kesempatan ini juga... kami mengambil peluang yang ada bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan perniagaan kami.

Tuan dan puan dijemput untuk melihat segala isi kandungan laman sesawang perniagaan kami untuk mengetahui apa produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada pihak tuan dan puan.
Laman sesawang perniagaan kami ialah...


Kami juga menjemput tuan dan puan untuk memuat turun profail perniagaan kami dan membaca isi segala isi kandungan profail perniagaan kami. Mungkin kita boleh bekerjasama dalam memajukan ekonomi diri dan empayar ekonomi secara bersama di masa sekarang dan juga di masa hadapan.

Kami menyediakan dua pautan URL untuk tuan dan puan memuat turun profail perniagaan kami dan membacanya. Setiap pautan muat turun profail perniagaan mempunyai dua versi bahasa berbeza. Dua bahasa profail perniagaan yang kami sediakan ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tuan dan puan boleh memuat turun profail perniagaan kami di pautan ini...

Profail Perniagaan ( Bahasa Melayu )
~

Profail Perniagaan ( Bahasa Inggeris )
~

Bagi mengakhiri pembentangan kami... adalah besar harapan kami agar tuan dan puan dapat memuktamadkan apa pun jua keputusan yang sebaik - baiknya bagi pihak tuan dan puan dalam membentuk kehidupan yang lebih baik dan membina suatu landasan empayar ekonomi yang bagus untuk diri sendiri, persekitaran, masyarakat dan negara.

Kami sudahi pembentangan kami dengan menjemput tuan dan puan melihat dan menyimpan data info komunikasi, laman sesawang dan media sosial perniagaan kami supaya kita boleh menjalinkan kerjasama ekonomi di masa sekarang dan juga di masa hadapan.

Berikut adalah data info komunikasi, laman sesawang dan media sosial perniagaan kami untuk rujukan pihak tuan dan puan...

Alamat perniagaan kami ~
No.12, Jalan Pandan Jaya 3,
Taman Pandan Jaya 1, Rengit,
83100 Batu Pahat,
Johor Darul Ta’zim, MALAYSIA.
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang.
Waktu Rehat, 12.00 tengahari - 2.00 petang.
Sabtu, Ahad & Cuti Umum, Tidak Beroperasi.

Nombor Telefon ~
( +60 ) 18 - 778 1257

Emel ~

Laman Sesawang ~

Facebook ~

Twitter ~

Instagram ~


  • TAMAT -

0 Response to "Masa Depan Ekonomi Rengit"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...